E-ADUAN
09-518 1866
atau
09-518 1815
Unit Integriti YP Hevea
​
Norain Binti Abdul Hamid
YP Hevea Sdn Bhd
Tingkat 1, Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur
26060 Kuantan, Pahang
Unit Integriti Yayasan Pahang
​
Razimah binti Abdullah Hashim
​
Yayasan Pahang
Tingkat 5, Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur
26060 Kuantan, Pahang
SURAT
E-MEL​
HOTLINE WHISTLEBLOWING
​
POLISI PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT
​
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan tadbir urus korporat, YP Hevea Sdn Bhd (YPH) telah mewujudkan Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Policy) bagi memudahkan warga YP Hevea atau orang awam melaporkan perlanggaran tatakelakuan atau integriti seperti penipuan, rasuah, penyelewengan kewangan yang serius dan salahguna kuasa seseorang yang dilantik dalam YP Hevea dengan lebih berkesan.
(Rujuk Akta 711 Akta Perlindungan Pemberi maklumat 2010).
​
IDENTITI PENGADU DILINDUNGI
​
Mana-mana individu yang mahu melaporkan salah laku rasuah dan pelanggaran integriti akan dilindungi oleh Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat. Di bawah Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat ini, laporan boleh dibuat terhadap mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengan YP Hevea, sekiranya disyaki melakukan salah laku rasuah dan pelanggaran integriti. Sebarang kes salah laku atau pelanggaran integriti yang dilaporkan akan disiasat menurut prosedur dan undang-undang yang berkaitan.
​
KAEDAH MEMBUAT LAPORAN
​
Secara amnya, bagi kakitangan YPH jika mereka merasa sangsi mengenai sesuatu perkara di galakkan membuat aduan kepada Unit Integriti dengan beberapa saluran.
Namun bagi tujuan polisi ini kaedah aduan secara rasmi adalah seperti berikut:
​
​
​
​
​
​​​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN
Untuk membolehkan siasatan dilakukan dengan cekap dan berkesan, maklumat yang perlu disertakan adalah:
​
1. Nama pengadu, nombor telefon, alamat surat-menyurat dan e-mel;
2. Nama, nombor telefon dan alamat surat-menyurat mana-mana pihak yang disebut di dalam aduan;
3. Butiran khusus mengenai bagaimana, mengapa dan bila perkara yang diadukan itu berlaku; dan
4. Bukti atau maklumat saksi yang boleh membantu siasatan.
​
Kriteria utama pelaporan adalah maklumat yang benar berasaskan bukti dan tidak melibatkan kepentingan peribadi mana-mana pihak.
​
​