Produk Retort
(ready-to-eat)


YP Hevea Raih Pensijilan Halal untuk Produk Retort
YP Hevea terus melakar langkah maju apabila produk retort keluarannya berjaya memperoleh sijil halal pada Februari yang lalu. Pensijilan ini mencerminkan komitmen syarikat dalam memastikan setiap produk yang dihasilkan memenuhi piawaian kebersihan dan kualiti yang tinggi, sekaligus menepati keperluan pengguna Muslim.
​
Sebagai usaha untuk memperkukuh dan mengembangkan jenama YP Retort di bawah YP Hevea, syarikat turut menyertai pameran berprestij seperti MAHA 2024 di Serdang dan Malaysia International Halal Festival (MIHF) di Melaka. Penyertaan ini membolehkan YP Hevea memperkenalkan produk retort kepada pasaran yang lebih luas, sambil membina rangkaian strategik bersama pemain industri yang lain.
​
Pencapaian ini menjadi satu lagi penanda aras dalam perjalanan YP Hevea ke arah menjadi jenama unggul dalam sektor pemprosesan makanan berasaskan pertanian di Malaysia.


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)


